
Sulit
5 tahun
Period keluar darah berwarna coklat
Saya nak tanya saya dah period 7 hari and dah mandi wajib, tapi selepas itu ada darah berwarna coklat keluar sedikit . Adakah batal?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, kami di DoctorOnCall hanya menjawab dan berkongsi maklumat berkenaan dengan masalah kesihatan dan tidak menyentuh hukum-hukum agama. Walaubagaimanapun, untuk pengetahuan anda, haid yang anda alami ini membatalkan puasa anda. Darah haid mempunyai durasi maksima 15 hari dimana jika haid masih datang lebih daripada 15 hari, anda perlu berpuasa walaupun haid tersebut masih ada selepas 15 hari berturut-turut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.