
Sulit
3 tahun
Period keluar ketika membuang air kecil shj
sy wanita 20tahun, baru berkahwin dan sy mengalami masalah period keluar ketika membuang air kecil sahaja. sebelum ni sy tidak pernah mengalami msalah ni. bulan ni period sy lewat beberapa hari. dan ketika period, period saya hanya keluar ketik membuang air kecil shj. dri hari first period, smpai ke harini(hari ke3 period) masih lagi keluar ketika membuang air kecil shj. darah yg keluar nampak macam tksama dngn darah period bulan bulan sebelum ni…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda tentang period yang keluar ketika buang air kecil sahaja. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala darah haid yang keluar sewaktu kencing boleh dikelirukan dengan gejala kencing berdarah yang boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Keradangan pundi kencing
- Masalah pendarahan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan informasi serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor