Anonymous
6 tahun
Period keluar sedikit dan cepat habis
Hi doc, saya berumur 24 tahun dan telah berkahwin. Sejak akhir-akhir ini, period saya sentiasa datang sedikit dan tidak penuh di pad walaupun pada hari pertama. Dan pada hari kedua atau ketiga, darah period keluar dengan kuantiti sedikit. Biasanya perios saya akan habis pada hari ke empat atau ke lima. Normalkah dengan aturan period saya itu? Adakah disebabkan hormone?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, jangka waktu datang haid yang normal adalah antara 2-7 hari. Dan biasanya kebanyakan wanita datang haid selama 3-5 hari.
Terdapat pelbagai punca perubahan tempoh haid dan kitaran menstruasi anda. Selalunya ia dipengaruhi oleh perubahan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Keletihan
- Aktiviti harian yang sibuk
- Tekanan emosi
- Terlibat dengan kegiatan sukan lasak
- Perubahan berat badan mendadak
Sekiranya perkara ini membimbangkan anda, haid anda menjadi semakin tidak teratur atau terdapat simptom lain yang mengganggu anda ketika haid, anda boleh rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami melalui atas talian secara percuma. Terima kasih.


























