
Anonymous
5 tahun
Period keluar sedikit tapi lama
Selamat malam Dr. Saya berusia 20’an dan baru saja berkahwin selama 6 bulan. Pada 31.5 sehingga 7.6 saya datang period, selang seminggu datang balik pada 15.6 sehingga 28.6 jumlah haid yang keluar sedikit dan berwarna koko gelap dan ada macam pink juga. Tidak berbau macam darah haid macam selalu. Pada 29.6 until now baru period macam biasa turun warna merah dan berbau. Apakah puncanya Dr, adakah tanda tanda hamil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tompok-tompok koko/coklat diantara tempoh haid keluar boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Polip servikal/rahim
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.