
Sulit
4 tahun
Period kembali selepas 3 hari
Saya wanita berusia 20-an, period terakhir saya pada 26/3 dan berakhir 2/4, tapi semalam (6/4) tiba2 saya period semula, tak banyak dan darahnya cair berwarna merah macam darah luka, pagi ni pun masih mengalami pendarahan dan disertakan rasa seperti senggugut, untuk pengetahuan, saya juga mengalami tekanan darah rendah dan selalu rasa loya dan mual semenjak 3 minggu lalu, tapi bila check upt resultnya negatif. kenapa ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Kecederaan pada dinding faraj
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini memerlukan perhatian oleh anda dan doktor dengan segera.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Lemah dan lesu
- Pucat
- Pitam dan hampir pitam
- Sakit atau/dan pening kepala
- Sakit perut atau bahagian ari-ari
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.