
Sulit
4 tahun
Period lambat/cycle day period lebih (I dah tanya tadi but I can’t get the answers)
Hi doc, I am 19 student and tak khawin lagi. I just want to asking I ada download period calendar (pc) apps on my phone, sepatutnya I period 5hb ni but now dah 7hb. cycle day I dah 34day, it’s it normal doc ? kiranya I dah 2hari late period, I pernah je period 10hb but I selalu period awal bulan 1-8 but cycle day I dah 34day included today. I’m just worried about that. And then doc if I period boleh ke I mandi laut ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid yang tidak teratur, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dan merujuuk masalah anda bersama dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Untuk menjawab soalan anda, tiada masalah untuk mandi laut ketika sedang haid.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.