
Anonymous
5 tahun
Period lambat sebelum ni period normal
bulan mei period 6/5…bln jun 6/6 bln 7 ni smpai 14hb masih belum period,sy dh bt UPT tp negatif,dn sy ade keputihan,prttengahan bln jun haritu sy ade mkn pil jamu utk keputihan…adekah sbb pil jamu tu yg bt period lambat?..dan sy rase lepas mkn pil jamu tu sy pening n suhu badan tinggi dan panas.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda sedang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Penggunaan kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga atau suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional
Bagi kes anda, anda mungkin mengalami masalah ini disebabkan oleh pengambilan ubat tradisional itu sendiri. Namun, keadaan ini selalunya akan kembali seperti biasa dalam beberapa hari. Oleh kerana anda mendapat kesan sampingan dari memakan jamu tersebut, saya sarankan untuk anda berhenti mengambilnya. Ini kerana kita tidak tahu apa kandungan sebenar jamu tersebut yang boleh membahayakan kesihatan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yg sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.