
Sulit
4 tahun
Period lewat dan tak teratur
Saya wanita berumur 23 tahun dan telah berkahwin. Bulan lepas saya mengalami kelewatan period dalam 4 hari (upt test negative). Bulan ni pun saya lewat sudah masuk 4 hari. Saya tidak bersama dgn suami saya (PJJ) sepanjang waktu putus haid saya bulan lepas. Boleh saya tahu kenapa period saya tidak teratur?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur yang anda alami merupakan perkara yang biasa dialami oleh segelintir wanita yang sihat. Kelewatan haid yang anda hadapi sebanyak 2 kali berturut-turut tersebut tidak menandakan apa-apa masalah secara langsung kerana haid yang tidak teratur hanya perlu dibimbangkan sekiranya anda mengalami kelewatan haid sehingga lebih dari satu atau dua bulan, ataupun mempunyai kitaran haid hanya sebanyak kurang dari 4 kali setahun.
Namun, demi pengetahuan anda, gejala haid tidak teratur atau terlambat ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor am seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- Berat badan terlalu ringan atau terlalu berat
- Senaman yang berlebihan
- Gangguan stress
- Kurang rehat atau tidur
- Pemakanan yang tidak seimban dan tidak berkhasiat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.**
**
Oleh itu, kami sarankan anda untuk mengawal faktor-faktor yang disenaraikan di atas jika berkenaan. Anda tidak perlu risau mengenai kelewatan haid anda kerana ia masih dalam tahap yang tidak berbahaya. Akhir kata, cara untuk menggunakan ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) adalah sebaiknya pada waktu seminggu selepas tarikh haid yang terlepas.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.