Sulit
4 tahun
Period lewat dan tidak teratur
Berapa dos norethisterone yang perlu di ambil bagi period tidak teratur
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, masalah haid tidak teratur ini memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor terlebih dahulu kerana puncanya perlu diketahui. Oleh itu, kami tidak dapat menyatakan berapakah jumlah dos yang perlu diambil oleh anda.
Berikut merupakan beberapa punca mengapa seseorang wanita mengalami masalah haid yang tidak menentu:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Endometriosis atau adenomyosis
- Fibroid atau polip rahim
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dialami oleh anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



























