
Sulit
3 tahun
Period normal 7 hari tetapi kitaran 46 hari memang haid saya jenis tidak teratur
Saya melakukan hubungan intim bulan 9 tetapi sperma buang di luar dan bulan 10 sudah period normal 7 hari tetapi kitaran haid 46 hari .adakah boleh hamil jika sudah period 7 hari?
jika tidak melakukan hubungan intim pada bulan 11 adakah maksud peluang hamil perlu berhubungan intim atau tidak.jelaskan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda ingin mengetahui tentang peluang untuk anda hamil. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Sebagai pengetahuan, tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti berikut :
- Haid tidak datang
- Rasa loya dan muntah
- Perubahan payudara dan puting
- Pendarahan spotting (implantasi)
- Kekejangan otot perut seperti sengugut
- Perut buncit
Berdasarkan pernyataan anda di atas bahawa haid anda sudah kembali normal 7 hari, anda mempunyai peluang untuk hamil seperti wanita lain. Untuk makluman anda, syarat untuk hamil adalah terjadinya persenyawaan antara sperma dari lelaki dan juga ovum dari wanita. Oleh itu, anda mempunyai peluang untuk hamil selepas berhubungan bersama suami anda.
Anda disarankan untuk melakukan ujian UPT untuk kepastian sekiranya anda hamil
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda dan sekiranya anda ingin berbincang mengenai situasi ini dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.