
Sulit
5 tahun
Period pain sangat teruk
SAYA BERUMUR 26TAHUN SAYA MENGALAMI PERIOD PAIN YANG SGT TERUK DARI UMUR 16TAHUN. PERIOD PAIN YANG TERUK SGT AKAN JADI BERSELANG BULAN KDDG MENGNGGU AKTIVITI HARIAN SAYA. PERIOD PAIN NI SAYA AKAN MENGALAMI GEJALA TERUK BILA TBE SAYA RASA SEJUK SGT SEHINGGA SAYA MENGALAMI SAKIT PERUT CIRIT, BILA SAYA CIRIT SAYA AKAN MENGALAMI PENING DAN LOYA SAMPAI BADAN SAYA MENGIGIL KELUAR PELUH. NAFAS SAYA AKAN LAJU DAN KAKI LIDAH SAYA AKAN KEBAS YANG AGAK LAMA. SAMPAI SAYA XBLH KENA AIR SBB TERLAMPAU SEJUK DLM BADAN. SAYA PERNAH BERJUMPA DGN DOKTOR DI KLINIK DAN HOSPITAL MEREKA PENAH MENGAMBIL SEMPEL DARAH SAYA DAN MENYATAKAN CELL DARAH SAYA BERKURANG <100 DAN MEREKA MEMBERIKAN SAYA VITAMIN DAN IRON TABLET SEHINGGA KINI SAYA MAKAN TETAP SAMA. SEHINGGA SAYA TIDAK TAHAN DGN UBAT IRON BERWARNA MERAH DAN HITAM SBB BADAN SAYA PANAS DAN RASA MUAL.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
dysmenorrhea primer
- Rahim yang terbalik (Retroverted uterus)
- Menstruasi yang lebih panjang, pendarahan yang terlalu banyak atau kitaran haid tidak teratur
- Kurang bersenam
- Merokok
- Berat badan berlebihan
- Banyak mengambil minuman keras
- Tekanan emosi
- Sejarah keluarga
dysmenorrhea sekunder
- Endometriosis – tisu yang membina bahagian dalam dinding rahim (Endometrium) tumbuh pada bahagian luar rahim
- Adenomyosis – tisu endometrium tumbuh ke dalam bahagian otot rahim
- Pelvic Inflammatory Disease (PID) – Jangkitan pada rahim yang kemudiannya merepak ke seluruh pelvis
- Cervical Stenosis – laluan bukaan rahim sempit
- Fibroid – Ketumbuhan yang benign di dalam rahim. Masalah ini turut menyebabkan wanita mengalami masalah haid yang terlalu banyak, terlalu lama atau tidak teratur.
- Ketumbuhan polip di dalam rahim
- Intrauterine adhesions – Dinding dalam rahim melekat akibat proses (Scarring)
- Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) – ketumbuhan cyst pada ovari yang sering menyebabkan kemandulan dalam wanita
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.