
Sulit
4 tahun
Period problem or pregnant
Saya bersetubuh bersama suami pada september 20 yg lepas…setelah itu kami tidak bersama selepas tempoh dua bulan sehingga sekarang …pada September dan Oktober 20 period saya datang seperti biasa…kemudian pada Nov 20 (bulan ini) period tidak datang…Bolehkah terjadinya kehamilan sekiranya period datang ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat dari biasa. Kitaran haid yang tidak teratur tidak semestinya menandakan masalah, tetapi kadangkala anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur seperti :
• Awal kehamilan
• Akil baligh: Haid anda mungkin tidak teratur untuk setahun atau dua tahun pertama haid berlaku
• Permulaan menopaus (antara umur 45 dan 55)
• Penyusuan
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim
• Fibroid rahim
Walaupun secara teorinya kehamilan tidak akan terjadi setelah berlakunya haid namun untuk menambahkan kepastian anda boleh cuba UPT pada waktu pagi selepas 7 hari lewat haid untuk keputusan yang lebih tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.