
iftitahulhidayah26
5 tahun
Period sedikit tapi berpanjangan Dan selang seli
Saya remaja berumur 20. Bulan lepas period tak datang dan bulan ini datang tetapi hanya darah coklat sahaja keluar. Itu pun hanya satu dah 3 hari berhenti lalu datang balik keluar coklat2. Hari pertama period pada 24th Nov dan sampai sekarang 12th masih terjadi benda yang sama. Ini baru pertama kali terjadi, agak agak apa penyebab perkara ini terjadi? Darah keluar sedikit tapi akan keluar selang seli hari. Tolong berikan sedikit penjelasan kerana saya bimbang. Thank you

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.