Sulit
6 tahun
Period sedikit tetapi berterusan namun selang-seli
saya perempuan yang berumur 21tahun. Bulan lepas saya tidak datang bulan, dan bulan ini datang bulan tetapi sangat sedikit dan keluar darah coklat sahaja. Tetapi ia akan berhenti selepas sehari dan 3 hari kemudian datang balik dan keesokannya berhenti untuk beberapa hari lagi dan jadi balik. First day period masa 24th November dan sekarang sudah 11th December. Boleh doktor terangkan kenapa perkara tersebut boleh terjadi? Kerana ini adalah kali pertama saya mengalami perkara tersebut. saya risau, terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























