
Sulit
4 tahun
Period Sehingga 2 Minggu
Assalamualaikum Dr. Saya telah berkahwian 7 bln yg lepas… setiap bln period saya akan dtg ontime. tapi utk bulan ini period saya terlambat 2 minggu. Dan pada 5 hari pertama period saya sedikit sahaja tompokan coklat dan pada hari ke 6 sehingga hari ke 11 period nomal mcm bln2 sebelum ini. dan selepasa hari ke 12 sehingga hari ke 15 period hnya sedikit sahaja iaitu kadang darah coklat kadang darah merah cair. Saya mohon pandangan dr mengenai hal ini. Kadang saya terasa letih kadang terasa ok. Pada hari ke 8-11, perut saya memulas teruk seperti angin dan telah pergi berjumpa dngn dr… namum dr maklumkan hanya berangin sahaja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, masalah haid tidak teratur boleh berpunca daripada beberapa penyebab, antaranya ialah:
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk info secara mendalam, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk penerangan dan nasihat yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!