ziana0707
6 tahun
Period Seket tapi lama
Sy wanita 42 tahun ,baru lps melahirkan anak lelaki.ke 4 ,7 bulan yang lps.semasa anak.Sy 5 bulan ,first period selepas bersalin normal.spt.biasa. Tapi sebulan.slps itu period lewat 3 Minggu dan.keluar seket2 …Ada kalanya siang langsung xde tp.mlm ada,klu mcm tu sy ada masalah kesihatan ke?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipertiroid
- Penyusuan boleh menghindarkan dari kehamilan, maka ia akan menyebabkan haid lewat atau tidak teratur
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























