
Sulit
5 tahun
Period tak datang hampir 8 bulan
Saya wanita berumur 23 tahun, dan first period saya pada form 1. Sejak period pertama saya, saya mengalami senggugut yang teruk pengsan, muntah dan sakit sangat2 di bahagian pinggang hingga ke rahim. Dari form 1 sehingga sekarang period saya on of, sekejap teratur sekejap tak dan tahun ni paling lama period saya tak datang. Dalam masa period saya tak datang ni saya kerap sakit seperti senggugut on off sehingga saya terpaksa mengambil MC.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kitaran haid yang anda alami boleh disebabkan:
- Endometriosis - iaitu ketumbuhan sel lapisan rahim diluar rahim
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipertiroid
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.