
Anonymous
6 tahun
Period tak datang lebih dari 4 bulan
saya wanita umur 30 tahun ada masalah haid tidak datang lebih 4 bulan…dah 2 kali dapat injection …after inject mmg dtg period…lps tu start balik xdatang period…atfer jumpe doc, doc mntk sy ambik folic acid selama 3 bulan…after comsume mmg dtg period…after 3 month period xdatang balik…dari bulan 5 tahun lepas sampai harini…ape perlu sy lakukan ye…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, oleh kerana rawatan yang anda ambil tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, anda disarankan untuk merujuk kembali perkara ini bagi mengesan punca masalah anda. Terdapat banyak punca haid tidak teratur, antaranya:
- Masalah hormon tidak stabil akibat keletihan, terlibat dengan aktiviti fizikal yang lasak atau tekanan emosi
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kekurangan atau berat badan berlebihan
- Masalah struktur rahim, ovari atau cerviks
- Ketumbuhan dalam rahim seperti polip dan fibroid
Anda boleh merujuk kepada pakar sakit puan atau mana - mana klinik berdekatan. Anda juga boleh hubungi pihak kami di link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.