
Anonymous
6 tahun
Period tak menentu
Hi Dr. Saya seorang wanita berumur 23 tahun dan masih bujang. Saya mempunyai masalah cycle period yang tidak menentu. Kebiasaannya 3 bulan sekali baru saya akan period. Adakah itu normal? Apakah masalah yg saya hadapi ini akan memberi kesan masa akan datang?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur .Antaranya ialah:
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!