
Sulit
3 tahun
Period tak stabil and tak banyak , jangka masa untuk next period singkat
hye dr , saya berumur 28 tahun . saya belum berkahwin . sebelum ni saya ada mengalami masalah period . period saya tidak teratur and selalu period tak banyak tapi sakit . pernah buat scan tapi normal . selalu nya saya akan mengalami pre menstrual teruk 1 week before and bila period hari ketiga pun period saya sudah tak banyak even first day pun sama . boleh ke saya mengambil pil perancang untuk betul hormon semula ? and ada site effect ke bila saya ambil pil hormon ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami masalah anda iaitu haid sikit, sakit ketika menghadapi haid serta haid tidak teratur.
Untuk pengetahuan anda, masalah senggugut boleh berlaku di kalangan wanita yang masih subur. Namun gejala senggugut dan haid tidak teratur yang anda alami juga boleh berlaku akibat perkara yang serius seperti:
- Endometriosis
- Cyst ovari
- Ketumbuhan rahim
- Penyakit radang pelvis
- IUCD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.