
Sulit
3 tahun
Period tak teratur dan gatal
im 17y’o. i rasa i ada masalh period tak teratur semenjak bulan puasa tahun ni 2021 masa awal bulan sampai hujung bulan mybe dlm 20 or 22 hari bulan . then benda ni still jadi sekarang . setiap kali period bila pkai pad , dia akan jadi gatal gatal dkt kawasan private part tu . idk i tak sesuai pkai jenama pad tu ke atau tidak . dan pernah membuat seks maybe akan jadi depressions hm . apa yang patut saya buat ? and mcm mna pencegahan yang betul

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kitaran haid tidak teratur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- tekanan emosi
- stress
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- maslaah rahim, ovari atau serviks
Selain itu, kegatalan yang anda alami boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus atau yis. Anda boleh bercuba untuk menukar jenama pad dan melihat jika kegatalan tersebut masih menular. Anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor juga untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan