
Anonymous
6 tahun
Period tak teratur .. mempunyai masalah period tak teratur
saya wanita berumur 24 tahun… period sya kadang2 dlam setahun tu ada 2 atau 3 bulan sebulan sya xmai kadang2 lewat bnyk hari jugak la … mcm mana nk atasi … saya belom berkahwin…

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Antara punca haid tidak teratur adalah
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Menurut masalah anda, anda disarankan merujuk kepada doktor pakar ginekologi supaya pemeriksaan dan ujian yang sesuai dapat dibuat.
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!