
Sulit
4 tahun
Period tak teratur, perut mengeras
Hai, saya berumur 28 tahun dan telah mempunyai seorang anak. Masalah saya sekarang saya kerap mengalami pening kepala yang selalu saya rasakan macam keadaan sekeliling saya berputar, dan tangan saya belah kiri kerap terasa kebas. Saya seorang wanita yang berbadan besar,perut saya membuncit dan terasa keras. Last uzur saya pada 3 bulan lepas dan saya memang jenis uzur tak normal. Sebelum bersalin dulu pon sama tak normal. Saya ada buat test upt tapi hasil negatif, perut saya terasa sakit dan mengeras. Apakah sebenarnya masalah kesihatan saya… ini sangat merisaukan saya… tolong bantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, masalah haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara yang serius mahupun tidak. Antara penyebabnya adalah seperti berikut:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Masalah pada organ reproduktif wanita -rahim, ovari
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran
Untuk mengetahui punca sebenar dan ubat-ubatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!