
Sulit
4 tahun
Period tak teratur walaupun masih remaja. dan for sure saya tak mengandung cause i never did a sex. can you help me doctors?
doc, saya brumur 17 thn tapi period tak teratur. ade skali tu almost 3 months period tak datang. my first periods when i was 13. is this normal or not. and, is masturbate affect periods?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Untuk maklumat anda, kitaran haid wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari manakala tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga 4 hari. Untuk mengetahui sama ada ia normal ataupun tidak, kami sarankan anda merekodkan kitaran anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar. Ini akan memudahkan rujukan anda dan doktor pada masa hadapan. Anda juga digalakkan untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat.
Bagi menjawab soalan terakhir anda, masturbasi atau onani tidak akan mengganggu kitaran haid seseorang wanita.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.