
Sulit
4 tahun
Period tak tratur.. hmpir stiap kali sblom priod sendi² sye sakit
apa effect if sye tak buat pmeriksaan about period sye… sblom niy period sye lmbt lbih 10 hari… tp ttba skarang hmpir 3month period sye tak dtang… for’ur information sye blom berkahwin dan sye brumur 24 tahun…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Polip atau fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan puncanya kerana pemeriksaan perlu dibuat terlebih dahulu. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor kerana perkara ini memerlukan perhatian anda dan juga doktor dan perlu ditangani dengan segera.
Sukar untuk kami katakan apakah kesan jangka masa panjang sekiranya anda tidak melakukan pemeriksaan. Kemungkinan utama adalah anda tidak tahu sama ada masalah tidak datang haid atau haid tidak teratur anda berpunca daripada masalah yang serius ataupun tidak. Kami sarankan anda tidak untuk melengahkan masa untuk bertemu dan berbincang dengan doktor yang memeriksa anda.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.