
Sulit
4 tahun
Period tiadk teratur , kerap stress dan tidak cukup rehat
Sy brumur 21 tahun, last period 24/09/20 skrng 10/01/21, suda cek prgnt tst kptsn ngtive, kbiasaanya period x dtg 1-2 bulan sja dan bulan strusnya di prtnghn bulan sy akan period… Apakah yang prlu saya lakukan agar period sy kmbli normal…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk pengetahuan anda, perkara ini perlu diberi perhatian kerana kami khuatir ia berpunca daripada masalah yang serius.
Antara beberapa sebab am mengapa anda mengalami masalah haid tidak teratur mungkin disebabkan oleh:
- Sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome)
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Berat badan: berat badan berlebihan boleh mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: golongan remaja dan wanita perimenopaus sering mengalami masalah haid tidak teratur
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan untuk masalah anda. Kami hanya memberikan beberapa sebab yang mungkin menyebabkan anda mengalami masalah tersebut. Hanya doktor yang memeriksa anda dapat memberi diagnosis dan rawatan selanjutnya.
Saranan kami buat masa ini adalah supaya anda mengelakkan daripada faktor-faktor yang membuatkan anda stress dan mendapatkan rehat yang secukupnya.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.