
Sulit
3 tahun
Period tidak datang seperti biasa. Hanya dtang dalam tompokan merah atau coklat
Saya wanita dalam usia 25 tahun. Belum berkahwin. Sekarang saya bekerja dalam bidang sales dan bekerja dari rumah. Soalan saya, pada bulan ni saya dapat period saya agak pelik. Sbb period dtg tompok2 coklat merah saja dan skrg sudah hari ke 5. Ini baru pertama kali terjadi. Saya nak tnya pendapat, adakah perlu utk saya buat check up? Jika ya, pihak mne yg harus saya rujuk? Dan adakah keadaan ni normal. Saya agak stress dgn kerja dan saya sedang jalankan diet IF skrg.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan puan, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah haid tidak teratur dan spotting (pendarahan antara haid) yang sedang dialami. Kami akan cuba membantu anda.
Terdapat pelbagai punca masalah haid tidak teratur, antaranya adalah:
- Masalah hormon yang tidak stabil disebabkan oleh pelbagai perkara, seperti masalah berat badan, emosi/tekanan, terlalu banyak bersenam atau masalah pemakanan.
- Kesan sampingan ubat perancang kehamilan
Sesetengah punca haid tidak teratur adalah lebih serius, seperti:
- Masalah hormon tiroid
- Masalah keradangan pelvis
- Sindrom Polysistik Ovari
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.