
Sulit
3 tahun
Period tidak stabil dan melebihi dua minggu kemudian berhenti 3 hari dan kembali period selma 2 minggu
Hi doctor . Saya wanita berumur 23 tahun . Sejak kebelakangan ni saya mengalami period yg berpanjangan . Saya dtg period 3hb Jun hingga 12hb Jun 2021 . Tetapi darah yg keluar tu sikit2 je . Lepas dua tiga hari kemudian saya datang period lagi dan ambil masa sampai 4 hari lepas ( 28 Jun) period saya berhenti . Dan hari ni 2 hb period saya dtg lagi . Darah yg keluar hanyalah sikit2 sahaja cuma bila dah hari ketiga baru keluar banyak . Adakah ini hormon saya tidak betul ? Sebab kebelakangan ni saya tidur agak lambat (4 pagi paling lambat) cuma seminggu lepas saya cuba tidur awal (paling lambat pkl 1pagi). Adakah ini kena mengena dgn cycle tidur saya ? Atau saya ada masalah lain

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami haid tidak teratur dan berpanjangan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Masalah berkaitan haid biasanya berlaku disebabkan oleh kecelaruan hormon dalam badan. Hal ini boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti berikut :
- Fibroid dalam rahim
- Masalah tiroid
- Stres
- Endometriosis
- Penggunaan ubat perancang atau ubat hormon lain
Memandangkan anda memakluman bahawa anda mengalami pendarahan yang banyak dan kerap, kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor kerana anda boleh mempunyai kekurangan darah dalam badan (anemia).
Anda juga boleh menghubungi pakar sakit puan kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar sakit puan.