
Sulit
4 tahun
Period tidak stabil dan saya ingin tahu kenapa
Saya pelajar masih 18 tahun, period saya tidak teratur dan skrg hmpir 5 bulan tidak dtg period, saya risau, sblm ini mmg pernah jadi, tapi say ada ambil pol perancang kmudian stabil seperti biasa dan skrg saya takut kalau saya x dtg period dan darah terkumpul, jadi bagaimana saya risau doktor.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid tidak teratur serta tidak datang haid selama 5 bulan.
Untuk makluman anda, masalah haid tidak teratur ini merupakan perkara yang kerap dialami oleh 50% segolongan wanita yang sihat. Menurut daripada informasi yang anda berikan, masalah anda hadapi ini mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon wanita yang mengawal kitaran haid anda.
Selalunya, gejala tidak datang haid boleh disebabkan oleh dua perkara:
- Hormon yang tidak seimbang. Ia boleh menyebabkan kitaran haid anda terganggu dan tidak berfungsi seperti normal, dimana pendarahan tidak berlaku kerana tisu rahim yang tidak terhasil akibat ketidakseimbangan hormon tersebut.
- Penyakit sista ovari, dimana ia juga boleh menyebabkan masalah rembesan hormon wanita.
- Ketumbuhan fibroid atau polip. Ia boleh menyebabkan tadahan darah dalam rahim yang boleh menghalang pengeluaran darah tersebut daripada faraj. Ketumbuhan tersebut juga boleh menganggu kesan fisiologik hormon tersebut ke atas rahim dalam kitaran haid yang normal.
- Masalah tiroid. Ia boleh menggangu keseimbangan rembesan hormon wanita
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda mengalami simptom-simptom lain seperti:
- Tidak datang haid secara berlarutan
- Senggugut yang tidak berkait dengan kedatangan haid
- Pendarahan yang berketul (akibat daripada sisa darah haid yang bertakung) atau terlalu banyak
- Keletihan atau tidak bermaya
- Penurunan badan yang mendadak
- Penumbuhan bulu roma pada bahagian badan yang tidak diingini dan tidak terkawal (Hirsutism)
- Simptom tiroid seperti menggigil, keruaman serta berpeluh pada waktu malam.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.