
natashaabu11
5 tahun
Period tidak teratur 2 bulan
Saya perempuan berumur 20 tahun dan belum berkahwin. Period terakhir saya 1/4/2019-8/4/2019, sampai sekarang masih belum datang period. Kadang kadang saya akn rasa sedikit sakit dibahagian bawah perut, bukan sakit yg melampau biasa je. Kemudian saya ke klinik check… doktor ckp saya stress dan buat UPT test “negatif”. Sampai sekarang saya masih rasa sakit sedikit, sakit yg tak melampau di bahagian bawah perut. Harap dpt jawab

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan haid tidak teratur, selain daripada punca stress:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Anda disarankan untuk mendapatkan second opinion daripada doktor kami untuk mengetahui punca yang menyebabkan haid tidak teratur dalam situasi anda. Sekiranya anda mengalami ketidak selesaan yang teramat disebabkan haid anda, anda boleh dapatkan rawatan untuk menyelaraskan kitaran haid anda.
Untuk konsultasi yang selanjutnya, sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami atas talian secara peribadi. Terima kasih.