
Sulit
4 tahun
Period Tidak Teratur Dan Bleeding Hanya Sedikit
Hello Doctor, saya ada masalah period yang tidak teratur lebih kurang dalam masa 1 tahun which is kadang kala period saya awal bulan ataupun akhir bulan. Tarikh hari period saya setiap bulan tidak pernah untuk bulan Namun yang membimbangkan saya, dahulu saya period normal 1 bulan 7 hari macam tu, then pernah terjadi 2 bulan 1 kali sahaja period tapi 7 hari bleeding waktu saya berumur 14 tahun. But waktu tu jumpa doctor and doctor cakap semuanya sihat dan it’s normal sebab perubahan hormon. Then period saya berubah sekali lagi waktu saya masuk umur 17 tahun which sebulan sekali tapi just 3 days bleeding. Then sekarang saya sudah berumur almost 20 years and i already married. Benda yang saya risaukan, waktu mula-mula saya bersama, saya punya selaput dara (hymen) tidak pecah dan saya tidak pernah sekali bersama siapa2 sebelum ni. Then saya biarkan, saya teruskan bersama dengan suami dan tidak pernah sekali saya pregnant dan ambil pil pencegahan kehamilan kerana saya dan suami tidak lepaskan air mani suami dalam tapi di luar. So another that, saya selalu ambil pain killer everytime senggugut datang sebab its hurts so bad and after that 3 bulan baru baru ini saya period memang tidak teratur and period just bleeding for 2 days only. So that’s how its started. Please help me because saya ada buat research about kitaran haid tidak teratur and mostly about PCOS. Saya menjadi takut untuk jumpa doctor so that’s why saya tanya di sini dahulu. Saya beri maklumat about saya sedikit demi sedikit. Saya already married, almost 20 years old, i dont have any sister just my mom and she never like this, my weight 48kg and height 165 cm. I have through operation for 3 times, operation eyes because ada daging menumpang, operation kaki ada ketumbuhan di dalam kaki its like ada nana kat dalam kaki and operation tangan ada bendalir di bahagian pergelangan tangan. So doctor i hope you can give your opinion about this. Thank you and I really appreciate for your kindness and help.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal haid tidak teratur selama setahun dan bilangan hari anda haid berubah sejak kebelakangan ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa yang boleh membuat kitaran haid tidak teratur, seperti:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Untuk makluman anda, pembedahan pada kaki dan mata yang anda jalani sebelum ini tidak ada kena mengena dengan kitaran haid anda berdasarkan maklumat yang kami terima berdasarkan keterangan anda.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor jika simptom anda masih berpanjangan. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!