
babyabdjalil
5 tahun
Period tidak teratur dan datang sedikit2 masuk bulan kedua
Saya wanita berumur 28 thn, sya mengalami period yg tidak teratur pda bulan julai 2019, dimana period dtg pda tarikh yg lambat, serta tidak stop selama sebulan diikuti dengan darah bewarna hitam, boleh doctor terangkan apa msalah sebenar saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik ovari atau kista ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Darah haid yang hitam boleh disebabkan darah haid yang lama ter-oksida ataupun disebabkan campuran darah haid dan darah saluran vein dari polip atau fibroid. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.