
Anonymous
4 tahun
Period tidak teratur dan lama
Saya seorang wanita berumur 27 tahun . Sudah berkahwin hampir 2 tahun dan belum pernah hamil . Sejak beberapa bulan kebelakangan ini period saya sering tak teratur . Kuantiti darah terkadang normal dan terkadang kurang . Tempoh period panjang dan pernah hampir sebulan . Behenti seketika kemudian ada kembali . Ini menjejaskan hubungan suami isteri dan emosi pastinya . Saya mengalami masalah berat berlebihan .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami haidyang banyak, panjang serta tidak teratur. Keadaan haid banyak atau berlebihan dikenali sebagai menorrhagia. Terdapat beberapa penyebab masalah ini, antaranya:
- Masalah hormon tidak stabil akibat keletihan, jadual yang padat atau bergiat terlalu aktif dalam sukan dan stress
- Masalah berat badan juga boleh mengganggu keseimbangan hormon
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah struktur ovari, rahim atau cerviks seperti polycystic ovari
Daripada keterangan yang anda berikan, terdapat kemungkinan masalah ini berkait dengan cyst tersebut. Namun kemungkinan punca lain perlu juga dipastikan. Untuk makluman anda, ujian pap smear biasanya dilakukan bagi mengesan masalah pada serviks, ujian lain perlu dilakukan bagi menegsan masalah lain dalam rahim.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.