
Sulit
5 tahun
Period tidak teratur & dinding rahim tebal
Salam doct. Sy Adah, baru sebulan lebih berkahwin.
Dari A sy terangkan ye, awal bulan 7 sy ada ditahan wad kecemasan disebabkan krem bahagian perut & dimasukkan air baru ok (doct tidak bagitahu apa punca). Ok, dalam bulan 7 tu sy ada muntah teruk, kerap pening, demam, cirit birit, dll (mcm org preggy). suami ambil keputusan untuk bwk sy scan di klinik swasta sbb dah nak masuk 2 bulan tak period, masa scan doct cakap takde nampak hamil & siap buat test preggy guna air kencing lg untuk double confirm. Keputusan tetap negatif, dan doct ade terangkan rahim menebal, maksudnye kenapa ya? Adakah sy tidak ada peluang untuk hamil atau bagaimana?
Adakah perlu sy rujuk semula dengan doct sakit puan atau boleh consume ubat turun period dari farmasi dahulu?
terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur dan sakit perut ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah fibroid atau endometriosis dalam rahim
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- kehamilan luar rahim
Bagi gejala dinding rahim tebal ia bermaksud lapisan endometrium (lapisan yang gugur dan menyebabkan darah haid) tidak dapat turun atas faktor seperti yang diberikan diatas. Sekiranya anda ingin mengambil ubat agar kembali haid, pemeriksaan terperinci adalah diperlukan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.