
Sulit
3 tahun
Period tidak teratur disebabkan anxiety
nak tanya, saya irregular period. Saya mengalami stress yang teruk sampai period saya terganggu. Kadang kala saya sakit bahagian bawah abdomen seperti senggugut tapi tak ada period. Saya dah jumpa doctor, saya dah check ujian darah untuk tiroid tapi semua okay, then rahim saya okay tak ada pcos. cuma saya kena diagnose anxiety disoder. soalan saya, adakah anxiety dan stress/overthinking yang terlampau akan ganggu hormon then period jadi tak teratur? Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami bahawa and sudah melalui beberapa pemeriksaan dan ingian mengetahui jikalau stress yang terlampau akan menggangu hormon sehingga period jadi tidak teratur.
Stress merupakan faktor yang amat besar dalam kitaran haid.
Oleh yang demikian,pengurangan stress amat penting bagi kitaran haid yang normal.
Pengurusan stress bergantung kepada faktor stress yang menunjangi perkara ini.
Seseorang hendaklah untuk mengelakkan daripada punca-punca tersebut. Selain itu, terdapat beberapa cara lain yang boleh untuk dilakukan. Antaranya:
- Melakukan aktiviti kerohanian
- Mengadakan senaman secara berkala
- Mempraktikkan pengamalan tidur yang baik (sleep hygiene).
- Berjumpa dengan pakar kaunseling
- Mengamalkan pemakanan yang sihat
Anda boleh merujuk doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang perkara ini. Kami boleh dihubungi secara atas talian untuk membantu dalam masalah anda.
Kami harap jawapan kami membantu.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.