
Sulit
3 tahun
Period tidak teratur disebabkan stress terlampau
nak tanya, saya irregular period. Saya mengalami stress yang teruk sampaikan period saya terganggu. Kadang kala saya sakit bahagian bawah abdomen seperti senggugut tapi tak ada period. Saya dah jumpa doctor, saya dah check ujian darah untuk tiroid tapi semua okay, then rahim saya okay tak ada pcos. cuma saya kena diagnose anxiety disoder. soalan saya, adakah anxiety dan stress/overthinking yang terlampau akan ganggu hormon then period jadi tak teratur? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid tidak teratur biasanya disebabkan oleh kecelaruan hormon dalam badan. Seperti yang anda sedia maklum, gangguan tekanan yang tidak terkawal boleh mengakibatkan haid tidak teratur. Masalah keresahan (anxiety) boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal juga dan boleh menyebabkan punca sakit pada bahagian abdomen bawah. Namun, ini adalah secara umum kerana kami tidak dapat memberikan kepastian yang masalah haid tidak teratur anda berpunca daripada gangguan tekanan atau anxiety tanpa maklumat tambahan serta pemeriksaan fizikal yang lanjut.
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca haid tidak teratur anda dapat dikenal pasti dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.