
Sulit
3 tahun
Period tidak teratur disebabkan stress
saya wanita 21 tahun, saya ada masalah period tidak teratur. saya sudah pergi berjumpa dengan doktor. doktor scan ultrasound dan keadaan rahim saya normal. Saya juga mempunyai anxiety disoder. saya nak bertanya, adakah stress dan mempunyai anxiety boleh mempengaruhi period yang tidak teratur? apa kaitan stress dengan hormon? boleh tolong jelaskan? terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan gejala period tidak teratur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan haid tidak teratur, iaitu:
- ketidakseimbangan gaya hidup
- polycystic ovarian syndrome
- masalah ginekologi
- gangguan tiroid
Stress tidak semestinya tetapi boleh menyebabkan gangguan kepada tempoh haid bulanan anda. Apabila anda mengalami tekanan mental, pengeluaran hormon-hormon seperti estrogen dan progesteron terbantut menyebabkan ketidakseimbangan haid. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan dan anda boleh dibantu dalam masalah ini. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.