Sulit
5 tahun
Period tidak teratur hingga sukar nak tahu wktu subur..usaha untuk hamil tipis sgt setelah usia perkahwinan sudah 9thn
Sy berumur 30 thun… genap 9thn usia kahwin… teringin nak rasa mengandung zuriat suami tetapi masalah period ni setiap bulan delay… hingga sukar nak tahu wakti subur…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Memandangkan masalah ini telah berterusan selama 9 tahun, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























