
Anonymous
6 tahun
Period tidak teratur n ikhtiar hamil
sy brumur 28thn n dh brkahwin… period sy xteratur …sejak umur 18thn lg period xtratur…biasa kalau sy dtng period mesti lama dlm 30 hr…3bln bru dtng period…xmenentu…sy dh jumpe doctr n doctr ckp xde apew2…dia bg ubt brhnti drh…dan satu lg kalau sy brsama suami sy sblum dtng period mesti ada kuar darah seakan2 wrna pink…blh bg sy pencerahan x…,

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, terdapat banyak penyebab masalah haid tidak teratur yang mungkin menyebabkan anda masih tidak datang haid sejak februari lalu. Antara penyebab masalah kitaran haid tidak teratur adalah:
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- masalah ovari, rahim atau serviks
- haid lewat akibat kehamilan
Namun begitu, kitaran haid normal bagi wanita boleh jadi antara 21-35 hari. Jadi terdapat kemungkinan anda datang sedikit lewat pada kali ini. Oleh itu, sekiranya anda masih tidak datang haid melebihi kitaran 35 hari, anda boleh melakukan ujian kehamilan, atau mendapatkan nasihat lanjut agar punca masalah haid anda dapat diketahui.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!