fiwa_eida
6 tahun
Period tidak teratur sejak berumur 15tahun
Saya seorang wanita yg berumur 25 tahun. Sejak sekolah dan sehingga kini period saya bukan datang pada setiap bulan… Malah kadang2 setahun sekali
Sy pernah berjumpa pakar sakit puan di hospital dan sering mengambil ubat dian dan ubatan jasmine tetapi hampir betahun2 saya telah berputus asa untuk meneruskan nya kerana saya sering sakit dibahagian ari ari. Sehingga saya berkhawin dan tetap tidak teratur. Saya tahu masalah saya ini akan menyebabkan susah untuk mendapat zuriat, Apakah yang boleh saya laku kan jika saya sering mengambil ubat tersebut akan ada effect seperti yg doktor beritahu.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Pengambilan ubat-ubat yang dinyatakan anda berfungsi untuk mengembalikan kitaran haid yang normal serta mencegah kehamilan. Untuk memastikan kitaran haid anda normal, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























