
Sulit
3 tahun
Period tidak teratur sejak mula period
Saya berumur 30. Berat badan 39kg tinggi 142. Saya ada masalah period tidak teratur. Kadang period kadang tidak.
Doctor, saya sedang mencari ubat ubatan yang boleh membantu melancarkan haid saya. Saya ada melihat beberapa jenis ubat seperti serapat plus, Jamu pamoga dan maharani. Adakah ubat ini baik untuk saya ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Fibroid dalam rahim
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Gangguan hormon
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan