Sulit

4 tahun

Period tidak teratur selepas berumah tangga. Bleeding terlalu lama tapi dalam kuantiti yg sedikit

Hi doc, I dah kahwin baru 3 bulan. Tapi since then my period jadi irregular. Before this regular. Sometimes light bleeding till day 14 which is this is my first time. Normally bila period I datang, I mesti akan rasa senggugut. But not this time. Kenapa macam tu ya? Tried upt tapi negative. Thank you doc

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai haid yang menjadi tidak teratur yang berlaku semenjak perkawinan anda baru-baru ini. Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur mungkin adalah perkara yang tidak perlu dibimbangkan kerana 50% segolongan wanita yang sihat mengalami haid tidak teratur sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Namun haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa penyakit yang serius sekiranya ia berpanjangan dan disampingi oleh simptom-simptom lain. Antaranya ialah:

  • Ketidakseimbangan hormon
  • Jangkitan kuman pada rahim : disertai dengan lendiran berwarna kuning, kelabu atau coklat
  • Penggunaan pil perancang atau alat kontraseptif
  • Gangguan stress dan tekanan emosi
  • Ketumbuhan polip atau fibroid
  • Masalah ovari seperti ketumbuhan sista (PCOS)
  • Kanser rahim atau ovari.

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.

Menurut dari segi situasi anda, kami sarankan anda mencuba lagi untuk mengambil ujian kehamilan menggunakan air kencing sekiranya haid anda terbehenti untuk beberapa bulan. Pastikan anda menggunakan UPT tersebut pada hari sebelum dijangkakan datang bulan haid.

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini belarutan dan memantau simptom-simptom seperti yang berikut:

  • Senggugut yang terlalu sakit
  • Lendiran kekuningan, coklat atau kelabu yang keluar dari vagina
  • Masalah pembuangan air kecil
  • Rasa kekerasan atau ketumbuhan pada kawasan rahim
  • Ketumbuhan rambut atau bulu roma pada tempat-tempat tidak sepatutnya
  • Keletihan dan juga penurunan badan yang drastik.

Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih

Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

irregular-periods

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)