
Anonymous
5 tahun
Period tidak teratur selepas kahwin, UPT negatif
Salam doctor, saya berusia 28 tahun dan baru berkahwin padiaAugust 2018. Sebelum kahwin, period saya sentiasa teratur. Sejak berkahwin, period sy mula terganggu. Period selepas berkahwin:
- 7/10 - 10/10
- 10/12 - 12/12
- 3/4 -7/4 (selepas makan ubat turun darah drpd doctor)
Sy sudah melakukan ultrasound beberapa kali, tiada sebarang masalah. Sy pernah melakukan ujian darah ‘infertility’ , juga tiada masalah yang doctor highlight kan.
Sy confuse apa yang sedang berlaku dgn body sy. Adakah bahaya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah haid tidak teratur. Masalah ini boleh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon atau masalah pada struktur organ seperti faraj, cerviks dan rahim.
Antara puncanya adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, anda amat disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian secara percuma. Terima kasih.