
hazierakamarul
4 tahun
Period tidak teratur sudah berkahwin
Saya wanita 24 tahun. Saya mengalami period tak teratur sejak beberapa bulan. Last period saya adalah march 2019. Pada 29/6/19 saya mengalami tompok merah seakan coklat setelah lama tidak period. Namun saya fikir normal kerana sebelum period saya mengalami gejala sama. Namun hanya berlangsung 3hari.pada 6/7 saya kembali mengalami tompok darah. Hari sebelumnya saya ada minum coca cola. Saya ada buat upt seminggu sebelum 29/6/19 tapi negatif

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca haid tidak teratur antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.