
Sulit
3 tahun
Period tidak teratur tetapi keluar cecair dan darah sedikit, adakah itu dikira period?
Saya wanita berumur 23 tahun, last month period saya pada 17 november dan menstrual cycle saya adalah 35 hari. Tetapi sejak beberapa bulan lepas period saya tidak teratur. Jadi bulan ni maybe pada 22 december saya sepatutnya period tetapi saya cuma keluar flek coklat seperti sudah dihujung period normally berlaku bila saya nak habis period tetapi ni berlaku diawal period. Start 22 December tu sepanjang hari tu sehingga kini saya ada rasa sakit belakang dan sakit di ari ari. Payudara saya juga tidak bengkak atau sakit. Sepanjang minggu ni keluar cecair lendir seperti keputihan tetapi berwarna coklat dan darah sedikit. Adakah itu dikira period? Pad saya pakai bersih sahaja. Takde darah mcm normal period. Tapi sometimes keluar waktu saya kencing baru keluar. Saya tak pernah have sex. Tak mungkin hamil? Sebelum ni ada pergi check rahim saya maybe ada pcos tapi tak confirm sebab saya belum buat check yang betul sebab belum berkahwin.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah anda ini boleh disebabkan masalah PCOS yang anda alami ataupun faktor-faktor lain seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.