
Sulit
3 tahun
Period tidak teratur…
Hi, saya berumur 25 thn dan baru berkahwin selama 5 bulan. Saya mengalami period yang berpanjangan dan tak menentu. Jadi pada awal tahun ini, saya ada buat check up dan hosp ada beri saya ubat perancang untuk stable kan balik period saya. Saya makan tanpa skip, dan consistent. 21 consume dan 7 hari saya akan period selama 3 bulan. Tetapi selepas saya stop makan perancang Regulon, saya terus tak period sampai skrg. Sudah masuk 4 bulan. Boleh
bagi penerangan tntg isu saya ? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman puan, memang betul gangguan kitaran haid merupakan salah satu kesan sampingan suntikan perancang kehamilan. Para wanita yang menggunakan kaedah ini akan berhenti haid 6 hingga 12 bulan selepas penggunaan dan akan mengambil masa 6 hingga 18 bulan untuk kitaran haid kembali normal.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.