
Sulit
5 tahun
Period tidal treater
Hi saya 24 female. i had unprotected sex pada awal july and we used condom and i took morning pill just to be safe. pregnancy test masa 27/7 came out negative. saya sepatutnya dapat period around 5/7 and my period datang awal on the 2/7(spotting) but then on the 3/7 darah keluar banyak sgt smpi ade blood clump keluar. sblum ni pernah mcm itu tapi tak pernah besar like that. 4/7 terus no blood at all. should i be worry? terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan yang luar dari kebisaan yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan pil perancang
- Darah haid terkumpul dan ter-oksida
- Kegagalan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.