
Sulit
4 tahun
Period today teratur
Saya berumur 33 tahun blm berkahwin…setiap bulan period datang secara teratur…tapi bulan ni pada awal bln period dtang teratur Dan habis selepas 6 Hari…dalam bulan yang sama selepas 6 Hari period datang berwarna coklat kehitaman sedikit sedikit Dan habis selepas 6 Hari…selepas 7 8 Hari period yg sama datang…saya tidak mengalami period pain .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kebimbangan yang anda sedang alami. Untuk maklumat anda, anda mungkin mengalami spotting. Spotting adalah pendarahan yang berlaku di antara waktu haid anda.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang wanita boleh mendapat spotting:
- Hamil, implantasi kadangkala dapat menyebabkan pendarahan di antara waktu haid
- Polip atau fibroid
- Kanser pintu rahim dan dinding rahim
- Ubat-ubatan seperti ubat cair darah (warfarin)
- Masalah berkenaan mekanisme pembekuan darah
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami spotting. Anda perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui punca sebenar dan mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda masih mempunyai soalan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi secara peribadi bersama doktor kami di atas talian. Terima kasih.