
nrndiah98
5 tahun
Period yang berpanjangan dan period yang tidak teratur
Saya wanita dalam 20-an dan saya mempunyai masalah period tidak teratur. Sebelum ini period saya tidang datang, semenjak akhir-akhir ini period saya datang berpanjangan. Pada bulan ogos 2019 period saya datang genap 7 hari tetapi period saya sedikit sangat. Bulan seterusnya menjadi 2 minggu dan akan berhenti sekejap lepastu datang balik selama 2 minggu lebih. Sebulan 3 kali saya datang period. Dan sekarang ni nak masuk 2 bulan saya datang period tapi cecair sedikit sahaja. Saya tidak pernah merujuk doktor lagi. Apa yang oerlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.