
Anonymous
5 tahun
Period yang tidak teratur dan adakah ianua bermasalah
Hai, saya nak bertanya mengenai period saya. Saya berumur 24 tahun. Belum berkahwin. Saya nak tanya kalau period saya tk datang dalam 3 4 bulan adakah normal? Situasi pertama saya period bulan january. Bulan feb saya tak datang period. Dan bulan 3 saya datang period. Situasa kedua saya period bulan January dan next month bulan February saya datang period tetapi sedikit sangat. Situasi ketiga. Saya datang period bulan january sedikit dan next month February period saya masih sedikit dan berwarna coklat pekat nak kehitaman. Adakah ketiga situasi ni normal? Terima kasih Dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang cik hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan cik. Untuk makluman, masalah haid lewat atau tidak datang ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anak puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, puan amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.